ISU EKONOMI : Harga minyak jejas ekonomi

Oleh Shahrizan Salian
Pertumbuhan susut 0.5 peratus bagi setiap kenaikan AS$10 setong
KENAIKAN
harga minyak mentah global susulan ketegangan politik di rantau Asia
Barat boleh memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara
global termasuk Malaysia, kata penganalisis.
Peningkatan
secara berterusan harga komoditi itu berpotensi menaikkan kadar
inflasi, justeru menjejaskan permintaan domestik, iaitu antara faktor
yang akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.
Harga
minyak mentah yang kini sedang menuju ke zon bahaya AS$100 setong
mencetuskan kebimbangan baru bahawa bil import minyak akan menjadi
ancaman kepada pemulihan ekonomi global.
MIDF
Research dalam nota penyelidikannya berkata perangkaan menunjukkan
bahawa pertumbuhan ekonomi global akan menyusut sebanyak 0.5 peratus
bagi setiap kenaikan AS$10 dalam harga minyak.
Katanya,
peningkatan harga minyak melebihi paras AS$100 setong boleh menyebabkan
unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia berkurang sebanyak 0.4 peratus
tahun ini.
“Kesannya
terhadap pertumbuhan Malaysia adalah peningkatan 0.4 peratus pada
pusingan pertama dan kemerosotan sebanyak 0.8 peratus pada pusingan
kedua yang menjadikan kesan keseluruhannya penurunan 0.4 peratus kepada
ekonomi,” katanya.
Firma
penyelidikan itu berkata, kenaikan harga minyak sebanyak AS$10 setong
pula akan meningkatkan kadar inflasi sebanyak satu peratus.
“Unjuran
inflasi untuk tahun ini ialah 2.5 peratus berasaskan harga minyak AS$95
setong dan boleh mencapai 3.5 peratus jika purata harga minyak mencecah
AS$105 setong,” katanya.
MIDF
Research berkata, walaupun Malaysia adalah antara negara pengeksport
minyak akan meraih manfaat daripada kenaikan harga komoditi itu, namun
kesannya negatif daripada kenaikan harga minyak global akan mengatasi
faedah yang diperoleh negara.
“Harga
minyak yang lebih tinggi akan menyebabkan pemindahan pendapatan
daripada negara pengimport minyak ke negara pengeksport minyak sekali
gus meningkatkan pendapatan bersih negara.
“Pada
pusingan pertama, kesan daripada kenaikan itu akan menyebabkan
peningkatan KDNK sebanyak 0.4 peratus manakala kesan pusingan kedua akan
mengurangkan pertumbuhan sebanyak 0.8 peratus disebabkan permintaan
luar serta domestik yang lemah, justeru menjadikan kesan negatif
keseluruhan adalah 0.4 peratus.
Harga
minyak mentah melonjak pada dagangan semalam dengan kontrak hadapan New
York sekali lagi semakin hampir ke paras AS$100 setong selepas
ketegangan di rantau Asia Barat yang kaya dengan minyak semakin meluas.
Semalam,
harga minyak Brent North Sea bagi penghantaran April meningkat AS$1.84
kepada AS$113.98 setong manakala kontrak utama New York untuk mi-
nyak ‘light sweet’ bagi penghantaran April melonjak AS$1.62 kepada AS$99.50 setong pada dagangan tengah hari.
Pengeluar
minyak utama dunia, Iran menggesa Pertubuhan Negara Pengeksport
Petroleum (OPEC), terutama Arab Saudi untuk tidak melaksanakan sebarang
tindakan bersendirian meningkatkan pengeluaran minyak.
Iran berkata, pengeluaran semasa adalah mencukupi untuk memenuhi sebarang kekurangan daripada ketegangan yang berlaku di Libya.
Arab
Saudi, pengeluar minyak terbesar OPEC, mengeluarkan kira-kira 8.4 juta
tong minyak sehari manakala Iran adalah pengeksport kedua terbesar
pertubuhan itu.
No comments:
Post a Comment